Pemain Arsenal, Johan Djourou (kiri) menghalang pemain Manchester City, Samir Nasri pada perlawanan Piala Liga di Emirates, semalam. - AP
LONDON - Seperti diduga, kepulangan Samir Nasri ke Emirates menjadi hari yang mahu dilupakan apabila dia diejek penyokong Arsenal setiap kali menyentuh bola malah turut terbabit dalam pergaduhan di terowong stadium.
Bekas bintang Arsenal yang kini bermain untuk Manchester City dilaporkan bertikam lidah dengan pemain tengah Gunners, Emmanuel Frimpong selepas tamat perlawanan.
Sejak berpindah ke City, hubungan kedua-dua pemain itu bertukar keruh dan pada Ogos lalu, Frimpong pernah mencetuskan ketegangan menerusi kenyataan Twitter: "Wang adalah akar kepada semua syaitan."
Jurucakap Gunners berkata: "Mereka hanya bertelingkah, tidak lebih dari itu.
"Tiada pergaduhan fizikal, tiada tumbukan dilepaskan tetapi keadaannya amat bising. Samir bercakap dalam bahasa Perancis." - Agensi
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA








0 comments:
Post a Comment